13
Jun
09

Couple Boleh Atau Tidak ..?

   Couple …..couple…….couple…, boleh atau tidak ?   Oleh bacalah ……

Bercouple Bukan Budaya Umat Islam

BERCOUPLE, setiap kali kita mendengarnya akan terlintas di benak kita sepasang insan yang sedang mabuk cinta dan dilanda asmara Salingmengungkapkan rasa sayang serta rindu, yang kemudiannya memasuki sebuah biduk pernikahan. Lalu kenapa harus dipermasalahkan? Bukankah cinta itu fitrah setiap anak adam? Bukankah setiap orang memerlukan masa penyesuaian sebelum pernikahan? CINTA, Fitrah Setiap Manusia, MANUSIA diciptakan oleh ALLAH SWT dengan membawa fitrah (instinct) untuk mencintai lawan jenisnya. Sebagaimana firman-NYA;

  Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah lading. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik (Syurga). (Ali Imran: 14).

 Berkata Imam Qurthubi: ALLAH SWT memulai dengan wanita kerana kebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW;
Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah)

 Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang beriman di syurga dengan bidadarinya.

Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata; Rasulullah SAW bersabda; Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. (Hadis Riwayat Muslim, NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi) 

ALLAH berfirman;

 Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik. (ar-Rahman: 70)

                Islam tidak membiarkan fitnah itu mengembara tanpa batasannya. Islam telah mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta, juga bagaimana batasan pergaulan antara dua insan berlawanan jenis sebelum nikah, agar semuanya tetap berada pada landasan etika dan norma yang sesuai dengan syariat.

 

ETIKA PERGAULAN DAN BATAS PERGAULAN DI ANTARA LELAKI DAN WANITA MENURUT ISLAM.


- Menundukkan pandangan: ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firman- NYA;
Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 30)

 

- Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman;
Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 31)

 

- Menutup Aurat; ALLAH berfirman;
dan jangan lah mereka mennampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (an-Nuur: 31)

 

 - Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri- isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (an-Nuur: 59).

 Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.

 

 - Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita; Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA;
Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (al-Ahzaab: 53)

  

 - Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan; Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim) Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

  

 - Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan): Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT;
Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32)

  

                   Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)

 

               Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis; Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir) Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang- orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/448) Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain- lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari)

  

               Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan- angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud)

Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman- NYA;
Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (al-Isra: 32)

 

 Hukum Bercouple SETELAH memerhatikan ayat dan hadis tadi, maka tidak diragukan lagi bahawa bercouple itu haram, kerana beberapa sebab berikut:

  - Orang yang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya. 

- Orang yang bercouple tidak akan boleh menjaga hijab. 

 - Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan kekasihnya, baik di dalam rumah atau di luar rumah. 

 - Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.  

- Bercouple identik dengan saling menyentuh antara lelaki dan wanita, meskipun itu hanya berjabat tangan.

 - Orang yang bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang dicintainya. 

 Dalam kamus bercouple, hal-hal tersebut adalah lumrah dilakukan, padahal satu hal saja cukup untuk mengharamkannya, lalu apatah lagi kesemuanya atau yang lain-lainnya lagi?

 

 Fatwa Ulama Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah. Jawab beliau;
“Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda:

Janganlah seorang lelaki bedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama- sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya.

 

 Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrin ditanya; Jika ada seseorang lelaki yang berkoresponden dengan seorang wanita yang bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka saling mencintai, apakah perbuatan itu haram? Jawab beliau;
         “Perbuatan itu tidak diperbolehkan, kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang mana koresponden semacam itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji, maka dinasihati kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya untuk menghindari surat-suratan, pembicaraan melalui telefon, serta perbuatan semacamnya demi menjaga agama dan kehormatan dirinya.” 

 Syaikh Jibrin juga ditanya; Apa hukumnya kalau ada seorang pemuda yang belum menikah menelefon gadis yang juga belum menikah? Jawab beliau;
           “Tidak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahram) dengan pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat, seperti rayuan, atau mendayukan suara (baik melalui telefon atau lainnya).

Sebagaimana firman ALLAH SWT; Dan janganlah kalian melembutkan suara, sehingga berkeinginan orang-orang yang berpenyakit di dalam hatinya. (al-Ahzaab: 32). Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah keperluan, maka hal itu tidak mengapa apabila selamat daripada fitnah, akan tetapi hanya sekadar keperluan.” 

    Syubhat Dan Jawapan Yang Sebenarnya Keharaman bercouple lebih jelas dari matahari di siang hari. Namun begitu masih ada yang berusaha menolaknya walaupun dengan dalil yang sangat rapuh, antaranya: Tidak Boleh dikatakan semua cara bercouple itu haram, kerana mungkin ada orang yang bercouple mengikut landasan Islam, tanpa melanggar syariat

     Jawabnya: Istilah bercouple berlandaskan Islam itu Cuma ada dalam khayalan, dan tidak pernah ada wujudnya. Anggap sajalah mereka boleh menghindari khalwat, menyentuh serta menutup aurat. Tetapi tetap tidak akan boleh menghindari dari saling memandang, atau saling membayangkan kekasihnya dari masa ke semasa. Yang mana hal itu jelas haram berdasarkan dalil yang kukuh. 

        Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan, perlu untuk mengenal terlebih dahulu calon pasangan hidupnya, fizikal, karaktor, yang mana hal itu tidak akan boleh dilakukan tanpa bercouple, kerana bagaimanapun juga kegagalan sebelum menikah akan jauh lebih ringan daripada kalau terjadi setelah menikah.

       Jawabnya: Memang, mengenal fizikal dan karaktor calon isteri mahupun suami merupakan satu hal yang diperlukan sebelum memasuki alam pernikahan, agar tidak ada penyesalan di kemudian hari. Namun, tujuan ini tidak boleh digunakan untuk menghalalkan sesuatu yang telah sedia haramnya. Ditambah lagi, bahawa orang yang sedang jatuh cinta akan berusaha bertanyakan segala yang baik dengan menutupi kekurangannya di hadapan kekasihnya. Juga orang yang sedang jatuh cinta akan menjadi buta dan tuli terhadap perbuatan kekasihnya, sehingga akan melihat semua yang dilakukannya adalah kebaikan tanpa cacat. Sebagaimana diriwayatkan dari Abu Darda; Cintamu pada sesuatu membuatmu buta dan tuli. 

      Fenomena Couple Dalam situasi terkini, fenomena pergaulan bebas dan pengabaian terhadap nilai-nilai murni Islam berlaku pada tahap yang amat membimbangkan. Kebanyakan umat Islam kini tidak lagi menitik beratkan nilai-nilai dan adab-adab sopan yang dianjurkan oleh Islam melalui al-Quran dan sunnah rasul-NYA. Mereka bukan setakat mengabaikannya dan menganggap perkara itu tidak penting, bahkan mereka menganggapkannya sebagai satu perkara yang menyusahkan aktiviti mereka yang menurutkan nafsu dan perasaan semata-mata itu. Nauzubillah Marilah kita sama-sama menjauhi perkara yang seumpama itu dan mejauhi hal-hal yang telah dilarang (haram).

     Tegakkanlah yang benar dan katakanlah salah kepada yang batil. Janganlah berhujah untuk membenarkan perkara yang telah terang haramnya di sisi ALLAH.

 

  

11
Jun
09

Kehidupan Sebagai Umat Islam

       Kita dilahirkan sebagai salah seorang umat Nabi Muhammad s.a.w ,maka kita dilahirkan di atas muka bumi ini dalam keadaan yang sangat beruntung. Jangan lihat keadaan keseluruhan umat di serata dunia terlebih dahulu, lihatlah pada diri kamu sendiri. Apakah perkara yang istimewa yang telah dianugerahkan kepada kamu.

    2 nikmat yang paling besar yang Allah telah beri kepada kita,

  1. Islam
  2. Iman

Umat Islam diseluruh dunia hampir 1.6 billion orang,bermaksud, terlalu ramai yang telah dapat nikmat yang pertama, tetapi berapa ramaikah yang mendapat nikmat yang kedua?Dapatkah anda mengira?

  Nikmat Iman merupakan suatu nikmat yang tidak terhingga nilainya, kerana dengan adanya Iman lah kita dapat

  1. mengenal tuhan yang Esa.
  2. kita faham tanggungjawab sebagai umat Islam
  3. mudah beramal ibadah
  4. memahami risalah yang di bawa nabi  dan macam2 lagi.

 Suatu nikmat yang tidak dapat dilihat ,dan dirasai oleh orang lain kecuali manusia yang telah mendapat hidayah dari Allah.

       Setelah melihat diri sendiri ,lihatlah kepada orang disekeliling kamu, adakah mereka mempunyai kedua-dua nikmat tersebut?  kemudian lihatlah masyarakat di negara kamu, akhir sekali barulah di seluruh dunia.

     Mengambil tahu urusan umat Islam seluruh dunia adalah satu keperluan hidup. Maka islahkanlah diri dahulu sambil mengislahkan orang lain. Kerana dalam keadaan diri kita yang terlalu lemah Iman ,kita tidak dapat menolong saudara kita yang berada jauh di Palestin ,Iraq dan Lubnan.

   Apa yang penting ,adalah back To Quran and Hadis. Follow sepenuhnya.

Bila kita amal satu sunnah Nabi di zaman kerosakan umat, Nabi sabda, kita akan dapat ganjaran 100 pahala mati syahid.

   So ,how to everybody know about Iman (yakin pada Allah 100%)?

Only dakwah, is best way. ….

11
Jun
09

Pedoman Perjalanan Hidup f4 ke f5

        Dah masuk f4 ,maklumlah rase diri dah senior ,lega jugak hati dah lepas PMR yang hanya ada 7a 1b 1c .Takpelah janji aku dapat gak masuk kelas sains. Rasa seronok semakin bertambah , dapat kelas ,kawan-kawan yang satu kepala. Tak habis2 gelak.

   Tapi satu  je perasaan lain macam sebab kelas dah campur boy – girl ,time f2 dan f3  kelas  semua budak laki. Tapi takpe, aku cuba biasakan diri dengan suasana  baru.

     Sebelum ni aku pernah jugak dikatakan sebagai anti-girl.Mungkin aku tak pernah tegur diorang atau terlalu bermasam muka dengan perempuan.  So… dari f4 lah aku cuba nak ubah persepsi diorang ini. Kebetulan pulak aku dapat menjadi seorang fasilitator for f1. Ini gak peluang aku untuk aku membiasakan diri.

   Selama aku menjadi Fasiilitator ramai gak budak perempuan yang aku dah kenal ,ni lah hikmahnya bila dapat jadi fasi. Tapi ujiannya cukup besar, kerana telah muncul dalam hati aku satu perasaan yang lain macam,suka pada perempuan. 

  Mula-mula dapat aku cuba abaikan ,tapi lama-lama semakin susah.Aku bingung.Dari hari ke hari,bulan ke bulan ,of course la dah banyak aktiviti aktiviti f4 for f1 dah dibuat dan semakin itulah ramai budak perempuan sekolah aku ,aku dah kenal.

    Bila semakin ramai aku mula berfikir ,kadang- kadang perasaan aku berubah apabila aku telah mengenali muslimat yang lain.Semakin lama aku faham itulah dinamakan Fitrah manusia ,perasaan lelaki suka kepada wanita ,dan wanita suka pada lelaki .Inilah hikmah yang aku dapat ,memang fitrah itu tak dapat dipisahkan .Dan aku mulai mengerti apa yang Allah aturkan padaku.

    Dalam pada masa itu jugak ,Allah telah memberikan aku satu anugerah ,iaitu kefahaman dalam usaha agama. Sewaktu itulah aku faham apa yang dimaksudkan oleh ayahku sendiri, dimana selama lebih 8 tahun aku tidak mengerti maksudnya, iaitu teruskan kerja dakwah/kerja agama,kerja yang Nabi dah lakukan.

   Dalam hatiku ini dah terasa sangat tenang ,kerana aku dapat mengenali Tuhan ku ,Nabi ku dan maksud Nabi diutuskan.Setiap bulan jemaah semakin ramai.Alhamdulillah ramai gak yang dah faham usaha agama.

  Semakin lama aku rasa kesian kat muslimat ,sebab ramai diantara mereka tidak dapat kefahaman agama. Aku rasa ,aku perlu  memberitahu diorang gak,tapi keberanian belum datang , tak tau la aku nak terang macam mana.

    ……………………………………………………………………………………………

   Perjalanan kehidupan aku semakin baik, walaupun bab akedemik agak tak memuaskan hati aku , tapi tak mengapa aku akan dapatkan gak yang terbaik walupun tak dapat gak akhirnya.

    Pada suatu petang , semasa aku tengah nak setup comp untuk tayangan merdeka , ada beberapa muslimat yang tengah tunggu cikgu kat dalam sebuah bilik iaitu …….Bilik Media Sekolah. Salah seorang diantara diorang , adalah adik dorm of my elder sister.Aku namakan dia S. Lepas aku dah habis setup comp ,yang muslimat ni gak balik skali ( balik dengan cikgu). Sebelum diorang pergi ,aku minta sampaikan salam aku to my beloved sister.

   Tapi satu ayat yang telah keluar dari mulut kawan  kepada S (perkataan yang ok tapi kurang sesuai). Tapi aku ,tak kisah sebab yang  3 muslimat tadi semuanya sekelas dengan aku. Aku dah masak dengan perangai diorang .So…buat tak tau je la.

   Ditakdirkan Allah ,suatu hari aku dipanggil ke tirai musolla di bahagian tepi .Dia kata ” em…. ko ada tak himpunan risalah Jumaat tahun-tahun sebelum ini?”. Aku pun tak pasti ,rasa-rasa macam ada,tapi entah la.Tapi sebelum aku undurkan diri aku minta dia sampaikan salam dan suruh tidur elok-elok kat sister aku ,waktu dia baru balik dari demam yang agak teruk. Dia terima je ,tapi aku terdengar ,yang dia mengeluarkan ayat yang tak sesuai itu lagi , aku dah bingung balik, aku risau kalau akuboleh dengar , sedangkan kawan aku ada kat sekeliling aku.     

   Alhamdulillah ,aku rasa diorang tak dengar , sibuk berborak.Namun kelegaan tu hanya sementara. Maklumlah duduk kat sekolah agama ,setan 2 mengkin pangkat komanden takpun jeneral. Asal aku solat je ,tergiang-ngiang kat telinga aku apa yang kawan kepada S ucapkan. Berulang -ulang, sehingga aku rasa sangat tidak tenang. Hatta sampai ke solat  susah nak khusyuk walauu sekejap.

   Aku ambil tindakan dengan memberitahu supaya tidak sebut lagi dan aku rasa sangat terganggu.Aku buat atas ketenangan solat.Tapi aku tak bermaksud salahkan dia ,just teguran.

   Aku fikir masalah dah selesai ,sebab aku dah rasa tenang sikit.Tak lama lepas itu ,dapat maklum balas ,dia membalas dengan kenyataan yang sangat menunjukkan dia sangat salah , dan meminta maaf. Aku dengan perasaan yang biasa je , balas balik ” aku tak salahkan ko sedikit pun ,just teguran semata-mata.”Lepas tu ingat dah ok dah .

   Waktu tu cuti raya, my sister get a message from that muslimat .In she’s message consist , katakan pada aku ,supaya aku maafkan dia. Aku pun pelik sangat dengan muslimat seorang ni. Takkan bersalah teramat sesangat.So… nak mudah kerja  aku balas la,” Aku maafkan dia”. Tapi aku tak puas hati kenapa la ada gak muslimat yang macam dia ni.

Maka dengan itu aku telah aturkan strategi yang membolehkan aku tahu apa masalah muslimat seorang ni.Bukan aku syok kat dia, sebab dia seorang je muslimat yang berani cakap maaf kat aku ,walaupun aku dah malas nak ambil kisah ape yang dia cakapkan.  

   Aku gunakan handset adik aku dan aku jadikan diri sebagai orang lain yang dia x kenal. Dengan otak yang telah dikurniakan aku pun bagilah tazkirah sebanyaknya dan gunakan kesempatan ni untuk sampaikan dakwah .Lastly , aku pun katalah aku ada seorang kawan yang sama sekolah dengan dia iaitu kawan karib aku sendiri,Izhar. 

   Hasilnya, dia ceritakan yang dia kenalkan sangat dengan Izhar tu termasuk kawan2 nya sekali (include me). Tapi masih x dapat tahu apalah problem dia ni…..

   Lama-lama x larat nak fikir, aku pun terus berterus -terang dengan dia, dan tanyakan masalah dia.  Aku x taulah apa reaction dia sebab aku jumpa dia (bukan berdua) berhijab dengan tirai.

  Muslimat ni kata yang dia risau sangat (macam fobia ) bila bercakap dengan orang yang banyak ilmu. Ada la kisahnya….     Mungkin cara orang yang berilmu tu bercakap dengan dia (cara cakap macam nak marah ), maybe dia rasa terlalu gerun sampai membuatkan dia takut .Oleh sebab selau terjadi, maka dia dah macam fobia.

     Maybe dia ingat aku ni sangat berilmu, sampai teguran aku pun diambil risau sangat.Tapi x pelah sekurang -kurangnya aku dah tau masalah muslimat ni.Aku pun katalah ,”Aku ni biasa je sama seperti budak2 laki yang lain.”Dan dia kata dia x boleh, nak ubah , aku kata ” kau boleh , kau yang boleh ubah diri kau sendiri, aku x boleh nak ubah diri kau”

    Lepas tu , aku pun bersurailah sebab dia senyap je lepas tu,x bercakap.dan aku berpesan to her friend , please take care her .Bagi dia semangat .

     Apa yang aku dapat setakat ni , ialah

  1. Bila kita nak bercakap kalau boleh janganlah seolah -olah nak marah-marah melainkan kalau sesuatu tu perkara itu memang salah dan perlu dimarah. 
  2. Kata-kata perempuan  memang seronok bila didengari walaupun apa yang dikatakan itu main-main, tapi setan akan menjadikan ianya sesuatu yang membuatkan kita hanyut dengan keseronokan dunia dan lupakan Allah.
  3. Kita mesti meletakkan diri kita sebagai hamba -sehambanya kepada Allah.Itulah sebenarnya diri kita.
  4. Berusahalah mendekati Allah ,nescaya Allah akan mendekati kamu dengan lebih dekat.
  5. Sepanjang hidup kita adalah suatu pembelajaran ,dan ujian.

Cukuplah setakat itu…. ambilah apa yang baik dalam perjalanan hidup ini supaya menjadikan kehidupan kita lebih baik ,

    disiapkan oleh : hamba Allah yang hina.

21
Mac
09

Perkara yang membuatkan hilang ingatan dan tumpul minda

Kurangkan makan bawang besar

Kurangkan makan berempah

 Kurangkan makan ketumbar kering

Kurangkan menonton hiburan

Kurangkan membaca majalah hiburan K

urangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak

 Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)

Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2

 Jangan makan kepala ikan

 Jangan minum air yang ada semut

Jangan tidur selepas subuh

Jangan tidur selepas asar

Jangan tidur selepas makan

Jangan makan terlalu kenyang

Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam

Jangan menyapu rumah pada waktu malam

Jangan makan yang masam-masam berlebihan

Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan

Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

Perkara-perkara yang perlu diamalkan

Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2

Selalu makan makanan yang panas2

Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2

Selalu minum air masak

 Selalu makan ulam2

Selalu mengamalkan pandangan hijau

Selalu bersenam

 Selalu menggunakan imajenasi otak

 Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya

Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit

Jangan ego

Jangan dengki pada orang lain

 Jangan makan dari sumber yang tidak halal

Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal

 Jangan makan makanan yang ada pewarna

 Jangan makan makanan yang ada pengawet Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali

Jangan mandi selepas 9.00malam ……dan yang paling penting dibawah ini…….. selamat beramal…..

Jangansengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita. …pesanan unntuk diriku yang mudah lupa….

24
Jan
09

Jangan Mengeluh…

JANGAN MENGELUH ………..

 

Kita selalu Bertanya………………..dan Al-Quran sudah menjawabnya……………..

 

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

 

QURAN MENJAWAB
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” (“I am full of faith to Allah”) sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
 -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

 

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

 

QURAN MENJAWAB
“Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
- Surah Al-Baqarah ayat 216

 

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

 

QURAN MENJAWAB
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
- Surah Al-Baqarah ayat 286

 

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

 

QURAN MENJAWAB
“Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.”
- Surah Al-Imran ayat 139

 

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

 

QURAN MENJAWAB
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di
medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”

 

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

 

QURAN MENJAWAB
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
- Surah Al-Baqarah ayat 45

 

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

 

QURAN MENJAWAB
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka… ?
- Surah At-Taubah ayat 111

 

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

 

QURAN MENJAWAB

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
- Surah At-Taubah ayat 129

 

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

 

QURAN MENJAWAB
“… ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”
- Surah Yusuf ayat 12